Selasa, 26 Januari 2016


 



Buku ‘Ringkasan Fiqh Jihad’ ini yang asalnya ditulis oleh Imam Yusuf Qardhawi telah diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Fawwaz Fadzil Noor, graduan Al-Azhar Mesir di bawah keizinan gurunya, Dr. Rejab Abu Meleh Muhammad yang merupakan professor KUIN dan Ahli Anggota Persatuan Ulama Sedunia.

Imam Yusuf Qardhawi dilahirkan pada tahun 1926. Ketika berumur 47, beliau telah menulis buku ‘Fiqh Zakat’ dan ketika berumur 83 tahun, kitab ‘Fiqh Jihad’ pula muncul.

Subhanallah!

MUKADIMAH

  • Di dalam slot ini, terdapat 3 aliran atau pendirian orang ramai terhadap jihad. Dan manhaj yang dipilih oleh syeikh ialah manhaj wasathiyyah (seimbang) yang terdapat pada kumpulan wasathiyyah, yang dikurniakan kefahaman tentang fiqh syarak dan fiqh realiti dan tidak terlibat dalam sikap melampau.
  •  Kemudian disertakan senarai golongan sasaran manusia yang memerlukan buku ini antaranya golongan ulama syariah, pengamal undang-undang, orang islam, ahli sejarah, ahli pemikir, pihak orientalis, gologan yang gemar berdialog, ahli politik, tentera dan golongan berpendidikan.
  • Sumber penulisan adalah dari nas al-Quran, sunnah yang sahih, perbandingan mazhab dan perundangan barat. Malah syeikh meraikan fiqh dengan realiti semasa dan membina manhaj wasathiyyah.
  • Disertakan empat etika peperangan.

 

BAB 1; HAKIKAT, KEFAHAMAN DAN HUKUM BERJIHAD
· 
  • Syeikh Qardhawi menerangkan bahawa konsep jihad lebih umum merangkumi jihad nafsu, jihad harta, jihad kalimah, jihad nafsu, jihad amar makruf nahi mungkar dan jihad menyatakan kebenaran di depan pemerintah yang zalim. Peperangan merupakan subset pada jihad.
  • Terdapat perbezaan jihad ad-daf dan jihad at-thalab.
  • Hukum jihad; antara wajib dan sunat; antara fardu ain dan fardu kifayah. Syeikh mengemukakan hukum dari beberapa ulama antaranya Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar(Fathul Bari) dan Imam Ibnu Qayyim yang mempunyai penjelasan yang sahih.
  •  Bilakah jihad menjadi fardu ain?
  •  Jihad Wanita. Hukum jihad daf fardu ke atas wanita dan jihad thalab tidak.
  •  Dan yang paling menarik adalah disertakan ucapan Imam Hassan al-Banna dalam meluaskan  konsep jihad.

  



Rabu, 13 Januari 2016

AURAD RABBANIYAH






Aurad adalah kata jama' kepada wirid.
Aurad Rabbaniyah = Wirid-wirid Ketuhanan = Zikir-zikir Ketuhanan = Ingat Tuhan =)

ANTARA 7 WIRID yang disusun para Ulama'

1. Istighfar 100x

2. Zikir 100x
Maksudnya,
Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, dan Maha Suci Allah yang Maha Agung).”


3. Zikir Tahlil 100x


Maksudnya ; Tiada Tuhan(yang disembah) selain Allah.

4. Lafaz ayat Qur'an [3;173] 100x



5. Zikir 100x



6. Zikir 100x




7. Salawat pada Nabi 100x


_____________________________________________________

Sumber ; https://www.youtube.com/watch?v=YMDgZoCLYD4



Cubalah mencari masa untuk kita amalkan agar hidup kita tenang dan diberkati.
Carilah masa di celah-celah masa.
Ketika menunggu, ketika dalam perjalanan, sebelum atau selepas solat, mahupun sebelum tidur..
Anta tips yang cik rumah amalkan adalah cik rumah akan baca 20x setiap kali lepas solat..
Selamat Beramal! ^_^

Selepas ini, cik rumah akan sertakan dalil berkenaan zikir-zikir di atas. InsyaAllah~