Buku ‘Ringkasan Fiqh Jihad’ ini yang asalnya ditulis oleh
Imam Yusuf Qardhawi telah diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Fawwaz Fadzil
Noor, graduan Al-Azhar Mesir di bawah keizinan gurunya, Dr. Rejab Abu Meleh
Muhammad yang merupakan professor KUIN dan Ahli Anggota Persatuan Ulama
Sedunia.
Imam Yusuf Qardhawi dilahirkan pada tahun 1926. Ketika berumur
47, beliau telah menulis buku ‘Fiqh Zakat’ dan ketika berumur 83 tahun, kitab ‘Fiqh
Jihad’ pula muncul.
Subhanallah!
MUKADIMAH
- Di dalam slot ini, terdapat 3 aliran atau pendirian orang ramai terhadap jihad. Dan manhaj yang dipilih oleh syeikh ialah manhaj wasathiyyah (seimbang) yang terdapat pada kumpulan wasathiyyah, yang dikurniakan kefahaman tentang fiqh syarak dan fiqh realiti dan tidak terlibat dalam sikap melampau.
- Kemudian disertakan senarai golongan sasaran manusia yang memerlukan buku ini antaranya golongan ulama syariah, pengamal undang-undang, orang islam, ahli sejarah, ahli pemikir, pihak orientalis, gologan yang gemar berdialog, ahli politik, tentera dan golongan berpendidikan.
- Sumber penulisan adalah dari nas al-Quran, sunnah yang sahih, perbandingan mazhab dan perundangan barat. Malah syeikh meraikan fiqh dengan realiti semasa dan membina manhaj wasathiyyah.
- Disertakan empat etika peperangan.
BAB 1; HAKIKAT, KEFAHAMAN DAN HUKUM BERJIHAD
·
- Syeikh Qardhawi menerangkan bahawa konsep jihad lebih umum merangkumi jihad nafsu, jihad harta, jihad kalimah, jihad nafsu, jihad amar makruf nahi mungkar dan jihad menyatakan kebenaran di depan pemerintah yang zalim. Peperangan merupakan subset pada jihad.
- Terdapat perbezaan jihad ad-daf dan jihad at-thalab.
- Hukum jihad; antara wajib dan sunat; antara fardu ain dan fardu kifayah. Syeikh mengemukakan hukum dari beberapa ulama antaranya Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar(Fathul Bari) dan Imam Ibnu Qayyim yang mempunyai penjelasan yang sahih.
- Bilakah jihad menjadi fardu ain?
- Jihad Wanita. Hukum jihad daf fardu ke atas wanita dan jihad thalab tidak.
- Dan yang paling menarik adalah disertakan ucapan Imam Hassan al-Banna dalam meluaskan konsep jihad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan